Tuesday, October 18, 2011
Chocolate cheese cupcake..
Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Mudah-mudahan sentiasa berada dalam kesihatan yang mengizinkan...insyaallah..Agak lama juga blog saya 'usang'..tuntutan tanggungjawab mengatasi segala-galanya..seorang isteri..ibu..anak..dan yang utama...hamba-Nya bukanlah mudah membahagikan masa..namun harus bijak..Ok..seperti gambar di atas..sedap cupcake ni..saya suka..Chocolate cheese cupcake yg enak..gabungan kek coklat dan cheese, ditabur dengan coklat chip...pasti menambat selera semua...sudilah tempah sekarang!!
16 pcs RM50
Utk tempahan hubungi/sms : 019 9284773 (asmah)
e mail : dhousechocolate@gmail.com
Friday, October 7, 2011
Kek Karamel
Assalamualaikum w.b.t..Macam mana? Nampak sedap kn..Bukan hendak memuji tapi Kek Karamel ni memang sedap..Ada 2 rasa yg berbeza..puding karamel dengan kek..jadi gabungan kedua-duanya memang sedap dan sesuai..Sesiapa yang ingin menempahnya boleh hubungi saya ye....
Untuk tempahan, sila hubungi/sms : 019 9284773 (asmah)
e mail : dhousechocolate@gmail.com
Coklat Hantaran Jambangan
Assalamualaikum w.b.t..Salam Jumaat yang indah..mudah-mudahan kite semua berada dalam keadaan sihat walafiat...Tempahan coklat kali ini agak berbeza sedikit...Kak Lynn menempah coklat hantaran untuk adiknya dalam bentuk jambangan..tema putih ungu menjadi pilihannya..diharapkan hasil jambangan coklat tu menepati citarasa Kak Lynn..Terima kasih sudi menempah..
Monday, October 3, 2011
Popcake in the house!!!
Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Doa saya semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat...Pentingnya sihat supaya kita dapat mengerjakan kewajipan terhadap Allah yg terutamanya dan menjalani kehidupan seharian kita dengan lebih baik...Kali ini ada produk baru yang ingin saya perkenalkan..popcake..sesuai sebagai doorgift utk tetamu, majlis harijadi kanak-kanak, hantaran atau sebagai makanan snek sekeluarga..sudilah menempah ye..
Harga popcake: (mimimum order 30 btg)
1 batang lolipopcake RM1.80
+10 sen utk topping jenis kekacang
1 batang cupcake pop (spt gmbr dibawah) RM2.00
gambar dari google
Harga Popcake ball: (minimum order 30 biji)
1 biji popcake ball RM1.60
2 biji popcake ball RM3.00
(sesuai utk doorgift)
popcake ball (gambar dari google)
Harga cupcake bites: (minimum order 30 biji)
1 biji cupcake bites RM1.80
2 biji cupcake bites RM3.50
(sesuai utk doorgift)
cupcake bites (gambar dari google)
atau seperti gambar di bawah
35 biji cake ball RM55++
(sesuai utk hantaran atau sbg hadiah)gambar dari google
- boleh pilih warna tema yang diinginkan
- ada 2 jenis pilihan popcake: kek coklat atau kek vanila
- popcake akan disaluti dengan milk chocolate/ white chocolate/ dark chocolate
- harga di atas tidak termasuk kos penghantaran
Monday, September 26, 2011
Menambah Ilmu...
Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Semoga sihat sentiasa dan ceria hendaknya..Hari Sabtu lepas, saya sempat menghadiri kelas belajar buttercream, kaedah betul melepa kek dan pelbagai tips lagi yang diajar oleh cikgu Faez..Ini antara gambar-gambar kek yang siap dideko..Jadi kalau sesiapa yang berminat, bolehlah menempah nanti ya!!
Friday, September 23, 2011
Cupcakes hantaran Niza & Ayie
Assalamualaikum w.b.t...Apa khabar semua?Alhamdulillah bumi Terengganu dibasahi hujan setelah cuaca yang agak panas..mungkin dah nak masuk musim tengkujuhnya...Syukur alhamdulillah saya berjaya menyiapkan tempahan cupcakes hantaran yang bertemakan biru putih..biru salah satu warna kegemaran saya!!Tempahan datangnya dari Niza..tapi sebenarnya diwakilkan kepada kawannya utk menempah pada saya..tadi yang datang ambil...tuan punya badan yang nak bertunang esok..Terima kasih Niza..Selamat Bertunang..Sudi-sudi menempah lagi ye..
set hantaran cupcakes
16 pcs
chocolate moist flavour
buttercream + fondant
tema biru putih
Sunday, September 11, 2011
Hamper...
Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dan dibawah lindungan dan keberkatan Allah hendaknya..Bagaimana dengan sambutan Hari Raya yang lepas? Saya gembira menyambut di Taiping Perak, walaupun kami sekeluarga beraya dalam keadaan demam..Alhamdulillah..Di bulan Syawal yang mulia ini ada lagi satu ganjaran yang Allah berikan kepada sesiapa yang berpuasa selama 6 hari..marilah kita bersama-sama merebut peluang ini..
Kali ini saya ingin memperkenalkan servis baru..hamper..
For baby hamper
Homemade chocolate hamper (gambar akan diupload kemudian)
harga antara RM80-RM120
Kali ini saya ingin memperkenalkan servis baru..hamper..
For baby hamper
harga antara RM100-RM150
Corporate hamper
harga antara RM150-RM300
Gift hamper
harga antara RM125-RM200
Homemade chocolate hamper (gambar akan diupload kemudian)
harga antara RM80-RM120
*atau anda sendiri boleh tentukan bajet untuk setiap hamper..
*setiap hamper diletakkan dalam bakul dan dihiasi bunga dan riben..
Sunday, August 28, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Assalamualaikum w.b.t..Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..mohon ampun dan maaf sekiranya saya melakukan kesilapan..Insyaallah..mudah-mudahan Aidilfitri kali ini membawa seribu makna dalam hidup kita sebagai umat Islam..Berdoalah kita moga-moga Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadhan seterusnya..Amin...Berhati-hati ketika memandu..saya Insyaallah, pulang ke Taiping Perak esok..doakan perjalanan saya selamat ya..Wassalam..
Thursday, August 25, 2011
Coklat Hantaran dan Coklat Loose Order..
Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua? Sedar tak sedar dh 25 hari kita berpuasa..alhamdulillah..sedih rasanye meninggalkan Ramadhan al mubarak..tatkala saya masih kecil mungkin sangat seronok meninggalkan bulan ramadhan bila Syawal pula menjelang tiba...bila dh menjangkau usia yang nombornya saban tahun makin meningkat..rasa sayu dihati bila Ramadhan beransur-ansur pergi tak lama lagi..Saya memanjatkan doa moga kita diberi peluang untuk tahun-tahun seterusnya menyemarakkan bulan Ramadhan..Insyaallah..Amin..Tempahan dari Pasir Mas, Kelantan...Kak Wati untuk hantaran kahwin adiknya..bertemakan pink putih...Mudah-mudahan Kak Wati berpuas hati...Kak Wati juga menempah 50 biji coklat badam untuk anak-anak saudaranya..;)..terima kasih sudi menempah...Wassalam..
Monday, August 15, 2011
Cupcakes tema basikal..vespa..
Assalamualaikum w.b.t...Apa khabar semua?Dh masuk separuh Ramadhan kita berpuasa, mudah-mudahan Allah memanjangkan lagi usia kita supaya Ramadhan kali ini dipenuhi amal ibadat yang tidak terhingga..kerana ganjaran yang Allah beri di bulan Ramadhan berlipat kali ganda pahalanya..Ayuh kite rebut bersama!!Entry kali ini tempahan cupcakes harijadi untuk seorang teman..Adik Fana mereka sendiri designnya..saya hanya menurut perintah...bila adik Fana datang ambil dan suka cupcakes yang saya buat tu, lega di hati tuhan saja yang tahu..seronok kalau customer puas hati...tambah-tambah datang dari jauh, Dungun...jadi biarlah berbaloi..Terima kasih ye Fana...
Sehingga berjumpa lagi..Untuk tempahan hubungi / sms 019 9284773 (asmah)...Wassalam..
Sunday, July 31, 2011
Selamat Datang Ramadhan...
Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar? Mudah-mudahan sihat hendaknya..Insyaallah kita akan menyambut ramadhan esok dan malam ni bermulanya solat terawih..alhamdulillah..Allah izinkan kita sekali lagi bertemu ramadhan..bulan yang penuh keberkatan..Untuk diri saya sendiri..dan pengunjung blog saya..mudah-mudahan amalan kita pada tahun ini ditingkatkan..kerana tidak diketahui samada kita akan berjumpa ramadhan pada tahun hadapan..Selamat menyambut ramadhan..kurangkan pembaziran..tambahkan amalan..wassalam..
kepada sesiapa yang ingin menempah kuih raya dan coklat..silakan..terima kasih..
Sunday, July 17, 2011
Biskut Raya Dhousechocolate
Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Harapnya semua sihat memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa..Insyaallah..Kali ini ada produk baru yang ingin saya perkenalkan..Biskut Raya Dhousechocolate..Ada 3 jenis biskut raya untuk juadah di meja hidangan nanti..mudah-mudahan dapat memenuhi selera anda..Insyaallah..
Biskut Cornflakes
RM22@50 biji
Rasai keenakan dan kerangupan biskut yg bersalut cornflakes
Biskut Arab
RM24@50 biji
Warna warni, Lembut dan cair dimulut
Biskut Chocolate Chips
RM26@50 biji
Keenakan chocolate chip,badam,cornflakes dan coklat putih yang diadun bersama
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan sample kuih raya sementara stok masih ada.
Untuk tempahan sila hubungi / sms saya ditalian 019 9284773 (Asmah)
Friday, July 8, 2011
Pink putih tema hantaran coklat....
Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Syukur kerana Allah masih memberi kita bernafas dihari Jumaat yang indah ini, mudah-mudahan amalan kita kepadaNya menggunung tinggi..Insyaallah..Kali ini sahabat sekolah saya menempah coklat hantaran pertunangan untuk jirannya...35 biji coklat dan 9 biji coklat...memilih tema pink putih..saya pasti warna hantaran ini selembut tuannya..terima kasih Suhazrin sudi tempah dari saya ye...
Sila tempah...Hubungi/ sms di 019 9284773 (asmah)..sehingga berjumpa lagi...Wassalam..
Sila tempah...Hubungi/ sms di 019 9284773 (asmah)..sehingga berjumpa lagi...Wassalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)


























































