Tuesday, January 17, 2017

Selamat Tahun Baru!!

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah dengan izin Allah sudah 17 hari kite melangkah ke tahun 2017..melepasi tahun 2016 dengan penuh hikmah dari Allah untuk kita sebagai hambaNya menjadikan pedoman dan panduan meniti hari-hari seterusnya. Semoga dengan usia yang semakin meningkat, InsyaAllah amalan juga ditingkatkan.

Blog ni agak lama dah bersawang..maafkan saya kekangan masa menyebabkan saya banyak update dia facebook page berbanding di blog.

Syukur dengan rezeki yang Allah berikan..sikit banyak saya bersyukur sangat sebabnya dalam mencari rezeki anak-anak sentiasa bersama saya setiap masa! Mohon maaf ada kalanya saya tak boleh terima tempahan "last minute" kerana semuanya saya buat sendirian. Untuk membeli bahan-bahan kek sambil menjaga anak-anak memang satu cabaran.Sebab tu saya menetapkan syarat tempahan seminggu awal lebih baik utk yang berskala kecil.

Jom layan gambar, antara tempahan-tempahan sepanjang tahun lalu.!

Ada 2 produk baru iaitu Cheezy Pizza Bread dan brownies..mmg sedap!!!






Cheezy Pizza Bread yang sangat sedap.



Brownies!!









Sebenarnya ada banyak lagi gambar..tapi masalah teknikal nak transfer ni alahai maafkan saya ye..
 

©2009 dhousechocolate | by TNB