Monday, November 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Fairos & Rini

Assalamualaikum w.b.t...Apa khabar semua? Salam Maal Hijrah 1433H...Tahun baru bagi umat Islam...mudah-mudahan menjadi titik permulaan perubahan ke arah yang lebih baik dari sebelumnya...Amin....Tempahan coklat hantaran tema ungu putih.....dh banyak kali saya terima tema warna ni...ramai yang suka warna ungu ye...Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan raja sehari ni....Tempahan dari sahabat mereka yang jauh merantau di selatan tanahair..Johor...Terima kasih Ina....Semoga sudi-sudi menempah lagi...




Untuk tempahan sila hubungi/ sms : 019 9284773 (asmah)
                                       e mail   : dhousechocolate@gmail.com

p/s: Selamat Pengantin Baru buat sepupu saya Abg Man & K.Iza....tak lupa buat sahabat jauh dekat dihati Siti Masturah & Hakim!!


Thursday, November 24, 2011

Happy 23rd birthday Alan!!

Assalamualaikum w.b.t...Apa khabar semua? Musim hujan sekarang ni kadang2 ada yg sakit...Selesema, batuk, demam...apa pun..saya mendoakan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat..kalau sakit pun..terimalah dengan hati yang redha dan berserah kepada Allah untuk memberikan kesembuhan...Alan...Happy birthday!! Cupcakes birthday ni ditempah oleh.....apa nama adik tu ye...lupa nk tanya semalam....alahai...yang datang ambil semalam dua org gadis comel...saya betul2 lupa nak tanya nama...sorry dik...Tema birthday..design ikut kretiviti saya tp nak ada katak!!..aiya...harap2 kartun katak tu boleh diterima ye...Terima kasih dik...lepas ni bolehlah order lagi ye....




Jangan lupa.....tempah ye!!
Untuk tempahan hubungi/ sms : 019 9284773
                            e mail         : dhousechocolate@gmail.com

Tuesday, November 22, 2011

Cupcakes untuk birthday...

Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat ya..Nampaknya hujan semakin lebat dan tak berhenti sejak semalam..Mudah-mudahan kita semua berada di bawah lindungan-Nya...Berdoalah agar tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa musim hujan ni...Kali ni saya terima tempahan dari kaum Adam...En Izzuddin menempah cupcakes utk birthday...tema dan designnya diserahkan kepada kreativiti saya...harapnya semoga En. Izzuddin berpuas hati...Terima kasih dan sudilah menempah lagi....





Untuk tempahan hubungi/ sms : 019 9284773 (asmah)
                                 e mail    : dhousechocolate@gmail.com









Friday, November 18, 2011

Tema Golf utk suami tersayang....

Assalamualaikum w.b.t...Apa khabar semua? Sekejap je waktu ye...Dh masuk hari Jumaat...nk masuk Sabtu....dan setiap hari usia kita semakin tua...Semoga dengan meningkatnya usia kita...bertambah meningkatlah amalan kita hendaknya...Cupcake tema golf...untuk suami saya yang sangat meminati sukan ni...Selamat Hari Jadi Sayang!! Semoga dipanjangkan umur..murah rezeki..sihat tubuh badan..bertambah amalan kepada-Nya..menjadi pemimpin yang terbaik utk keluarga dan suami yang sentiasa memahami isterinya ini...Cupcake perisa vanilla dengan topping fondant...








Cantik ke? Kalau berminat bolehlah tempah ye...minimum order 16 pcs...

Untuk tempahan hubungi/ sms : 019 9284773 ( asmah )
                            e mail         : dhousechocolate@gmail.com



Thursday, November 17, 2011

Macarons pelbagai perisa...



Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua? Semoga kita sentiasa ceria dan sihat hendaknya...Musim peperiksaan dah bermula...adik bongsu saya kini sedang menduduki peperiksaan SPM..semoga beliau tabah dan dipermudahkan menjawab semua soalan dan subjek yang diberikan....tak lupa kepada adik-adik yang lain juga...berusaha sedaya upaya dan tawakkal kepada Allah di akhirnya...mudah-mudahan berjaya dengan cemerlangnya!!Sudah lihat gambar di atas?MACARONS...itulah nama yg diberikan...manisan yang berasal dari Perancis...adunan putih telur, badam dan gula...ditambah dengan 'filling' menambahkan lg keenakannya...anda boleh membuat tempahan sekarang...dan boleh dipos!!

                                               HARGA

15 pcs Macarons          RM30 ( 1 warna & filling sahaja )                          
                                  RM35 ( Pelbagai warna & filing )                              

Filling utk Macarons :

Chocolate Coffee
Chocolate
Peanut Butter
Lemon
Caramel
Bluberry
Strawberry
Dulche de leche

juga sesuai utk doorgift

Untuk tempahan hubungi/ sms : 019 9284773 (asmah)
                          e mail           : dhousechocolate@gmail.com

Tuesday, November 8, 2011

Cheesecake lapis utk Hari Raya Aidiladha..

Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Salam Aidiladha....salam penuh kesyukuran kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya..kita masih bertemu utk meraikan Aidiladha...besar pengorbanan...besar pahala...mudah-mudahan amalan kita sentiasa diterima Allah...Kepada yang membuat ibadah korban pada tahun ini...dengan niat dan keikhlasan yang ada...insyaallah diterima Allah...dan tidak lupa kaum keluarga yg menunaikan ibadah Haji...mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur...insyaallah....Aidiladha kali ni sy sambut dirumah sahaja..sepatutnya pulang ke Pasir Putih, Kelantan....tapi sikecil Afiq tidak berapa sihat..maka kami memutuskan utk beraya di Terengganu sahaja...juadah Aidiladha..soto dengan cheesecake lapis...soto xsempat nk snap..cheesecake sahaja yg boleh ditatap gambarnya....



Cheesecake lapis ni dilapis dgn biskut coklat...tak dibakar..(chilled cheesecake version)...rasanya sedap...alhamdulillah...bolehlah menempah dan mencubanya...
Untuk tempahan hubungi/ sms : 019 9284773 (asmah)
                                 e mail    : dhousechocolate@gmail.com

Thursday, November 3, 2011

Apam beras utk cik Naqiah...





Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua? Doa saya semoga kita sentiasa sihat walafiat...Boleh dikatakan hari-hari hujan di bumi Terengganu...alhamdulillah dengan nikmat kesejukan yang Allah berikan..hanya mampu berdoa mudah-mudahan desas-desus mengenai banjir besar di Pantai Timur tidak berlaku...Amin..Insyaallah..
Kali ni entry saya lain skit..xde kena mengena dengan kek...tapi kuih muih melayu..eheh..yang saya rasakan masih menjadi kegemaran ramai walaupun mcm2 kuih moden yg menjelma sekarang ni..Apam beras ni ditempah oleh cik adik Naqiah....juga seorang 'cakes baker'..sibuk sgt cik Naqiah kita sampai malam br bleh ambil apam ni..Apapun, harap-harap tertunai hasrat dihati nak makan apam beras akak ni ye Naqiah...terima kasih....

Untuk tempahan hubungi/ sms : 019 9284773 (asmah)
                                   e mail  : dhousechocolate@gmail.com
 

©2009 dhousechocolate | by TNB