Monday, September 26, 2011

Menambah Ilmu...

Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Semoga sihat sentiasa dan ceria hendaknya..Hari Sabtu lepas, saya sempat menghadiri kelas belajar buttercream, kaedah betul melepa kek dan pelbagai tips lagi yang diajar oleh cikgu Faez..Ini antara gambar-gambar kek yang siap dideko..Jadi kalau sesiapa yang berminat, bolehlah menempah nanti ya!!




Friday, September 23, 2011

Cupcakes hantaran Niza & Ayie

Assalamualaikum w.b.t...Apa khabar semua?Alhamdulillah bumi Terengganu dibasahi hujan setelah cuaca yang agak panas..mungkin dah nak masuk musim tengkujuhnya...Syukur alhamdulillah saya berjaya menyiapkan tempahan cupcakes hantaran yang bertemakan biru putih..biru salah satu warna kegemaran saya!!Tempahan datangnya dari Niza..tapi sebenarnya diwakilkan kepada kawannya utk menempah pada saya..tadi yang datang ambil...tuan punya badan yang nak bertunang esok..Terima kasih Niza..Selamat Bertunang..Sudi-sudi menempah lagi ye..


set hantaran cupcakes
16 pcs
chocolate moist flavour
buttercream + fondant
tema biru putih

Sunday, September 11, 2011

Hamper...

Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dan dibawah lindungan dan keberkatan Allah hendaknya..Bagaimana dengan sambutan Hari Raya yang lepas? Saya gembira menyambut di Taiping Perak, walaupun kami sekeluarga beraya dalam keadaan demam..Alhamdulillah..Di bulan Syawal yang mulia ini ada lagi satu ganjaran yang Allah berikan kepada sesiapa yang berpuasa selama 6 hari..marilah kita bersama-sama merebut peluang ini..

Kali ini saya ingin memperkenalkan servis baru..hamper..


For baby hamper
harga antara RM100-RM150

Corporate hamper

harga antara RM150-RM300

Gift hamper
harga antara RM125-RM200

Homemade chocolate hamper (gambar akan diupload kemudian)
harga antara RM80-RM120


*atau anda sendiri boleh tentukan bajet untuk setiap hamper..
*setiap hamper diletakkan dalam bakul dan dihiasi bunga dan riben..

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


 Assalamualaikum w.b.t..Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..mohon ampun dan maaf sekiranya saya melakukan kesilapan..Insyaallah..mudah-mudahan Aidilfitri kali ini membawa seribu makna dalam hidup kita sebagai umat Islam..Berdoalah kita moga-moga Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadhan seterusnya..Amin...Berhati-hati ketika memandu..saya Insyaallah, pulang ke Taiping Perak esok..doakan perjalanan saya selamat ya..Wassalam..

Thursday, August 25, 2011

Coklat Hantaran dan Coklat Loose Order..

Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua? Sedar tak sedar dh 25 hari kita berpuasa..alhamdulillah..sedih rasanye meninggalkan Ramadhan al mubarak..tatkala saya masih kecil mungkin sangat seronok meninggalkan bulan ramadhan bila Syawal pula menjelang tiba...bila dh menjangkau usia yang nombornya saban tahun makin meningkat..rasa sayu dihati bila Ramadhan beransur-ansur pergi tak lama lagi..Saya memanjatkan doa moga kita diberi peluang untuk tahun-tahun seterusnya menyemarakkan bulan Ramadhan..Insyaallah..Amin..Tempahan dari Pasir Mas, Kelantan...Kak Wati untuk hantaran kahwin adiknya..bertemakan pink putih...Mudah-mudahan Kak Wati berpuas hati...Kak Wati juga menempah 50 biji coklat badam untuk anak-anak saudaranya..;)..terima kasih sudi menempah...Wassalam..



 


Monday, August 15, 2011

Cupcakes tema basikal..vespa..

Assalamualaikum w.b.t...Apa khabar semua?Dh masuk separuh Ramadhan kita berpuasa, mudah-mudahan Allah memanjangkan lagi usia kita supaya Ramadhan kali ini dipenuhi amal ibadat yang tidak terhingga..kerana ganjaran yang Allah beri di bulan Ramadhan berlipat kali ganda pahalanya..Ayuh kite rebut bersama!!Entry kali ini tempahan cupcakes harijadi untuk seorang teman..Adik Fana mereka sendiri designnya..saya hanya menurut perintah...bila adik Fana datang ambil dan suka cupcakes yang saya buat tu, lega di hati tuhan saja yang tahu..seronok kalau customer puas hati...tambah-tambah datang dari jauh, Dungun...jadi biarlah berbaloi..Terima kasih ye Fana...



 
Sehingga berjumpa lagi..Untuk tempahan hubungi / sms 019 9284773 (asmah)...Wassalam..
 

Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang Ramadhan...


Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar? Mudah-mudahan sihat hendaknya..Insyaallah kita akan menyambut ramadhan esok dan malam ni bermulanya solat terawih..alhamdulillah..Allah izinkan kita sekali lagi bertemu ramadhan..bulan yang penuh keberkatan..Untuk diri saya sendiri..dan pengunjung blog saya..mudah-mudahan amalan kita pada tahun ini ditingkatkan..kerana tidak diketahui samada kita akan berjumpa ramadhan pada tahun hadapan..Selamat menyambut ramadhan..kurangkan pembaziran..tambahkan amalan..wassalam..

kepada sesiapa yang ingin menempah kuih raya dan coklat..silakan..terima kasih..

Sunday, July 17, 2011

Biskut Raya Dhousechocolate

Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Harapnya semua sihat memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa..Insyaallah..Kali ini ada produk baru yang ingin saya perkenalkan..Biskut Raya Dhousechocolate..Ada 3 jenis biskut raya untuk juadah di meja hidangan nanti..mudah-mudahan dapat memenuhi selera anda..Insyaallah..


Biskut Cornflakes
RM22@50 biji
Rasai keenakan dan kerangupan biskut yg bersalut cornflakes


Biskut Arab
RM24@50 biji
Warna warni, Lembut dan cair dimulut

Biskut Chocolate Chips
RM26@50 biji
Keenakan chocolate chip,badam,cornflakes dan coklat putih yang diadun bersama

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan sample kuih raya sementara stok masih ada.
Untuk tempahan sila hubungi / sms saya ditalian 019 9284773 (Asmah)

Friday, July 8, 2011

Pink putih tema hantaran coklat....

Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua?Syukur kerana Allah masih memberi kita bernafas dihari Jumaat yang indah ini, mudah-mudahan amalan kita kepadaNya menggunung tinggi..Insyaallah..Kali ini sahabat sekolah saya menempah coklat hantaran pertunangan untuk jirannya...35 biji coklat dan 9 biji coklat...memilih tema pink putih..saya pasti warna hantaran ini selembut tuannya..terima kasih Suhazrin sudi tempah dari saya ye...









Sila tempah...Hubungi/ sms di 019 9284773 (asmah)..sehingga berjumpa lagi...Wassalam..

Sunday, June 26, 2011

Congratulation mom!!

Assalamualaikum w.b.t...Salam uhkuwah utk semua...semoga sentiasa sihat, ceria dan segala urusan dipermudahkan Allah...tatkala susah dan senang sentiasa ingat ..Dialah menjadi teman yg paling setia.. alhamdulillah entry kali ni bertemakan konvokesyen...tempahan dari Diyana, customer sy yg pertama menempah cupcakes..dulu tema konvo utk kakak..kali ni utk mama tercinta...semoga berpuas hati ye..terima kasih Diyana..



Wednesday, June 22, 2011

Mama...kelas mengaji..coklat..

Assalamualaikum w.b.t..Mama (bonda saya) tempah coklat utk kawan-kawan kelas mengajinya...sekaligus membantu mempromosikan coklat saya..sebenarnya kelas mengaji mama ni 'happening'!!Bila dh khatam ade buat jamuan..semua Qariah ambil bahagian sedia makanan..ada bawa kuih-muih, bihun, air...mcm-macam lagi la..siap boleh bawa balik kalau ada lebih..ehe...sempat saya jadi jurufoto mengambil gambar-gambar mama n kawan-kawan semasa mengaji..tatkala itu saya masih bujang :) Inilah coklat-coklat utk Qariah-qariah hebat Taman Sri Kota Taiping, PERAK.....








Coklat-coklat ni sesuai utk doorgift majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi, hari guru, majlis aqiqah dan sebagainya...
Kalau utk jarak jauh,coklat akan dipacking seperti gambar dibawah..dalam ice box..utk menjamin kualiti coklat tersebut..

Set Coklat Oreo...

Assalamualaikum w.b.t..nampaknya Coklat Oreo sentiasa menjadi pilihan..memang gabungan yang sedap..bukan setakat kanak-kanak yang menggemarinya..tapi rasanya semua lapisan umur suka..Set Coklat Oroe ni sesuai utk dihadiahkan pada seseorang atau utk hantaran...berminat? Jangan tunggu lama utk menempahnya....




16 pcs Oroe Choc
Pack in cupcakes box and Ribbon
RM35.00 only!!!
RM40.00 for wording..
 

©2009 dhousechocolate | by TNB